Allahurabbi!!5 Kelahiran paling pelik dan aneh di dunia!!

Allahurabbi!!5 Kelahiran paling pelik dan aneh di dunia!!


1. Bayi Terkecil di Dunia



Tanggal 24 Oktober 2006, Amillia Taylor dilahirkan pada usia kandungan ibunya 21 minggu 6 hari. Tidak pernah ada bayi yang dilahirkan kurang dari usia kandungan 23 minggu boleh hidup, tapi Amilia yang hanya mempunyai berat 10 ons boleh lahir sempurna, bahkan tubuhnya masih mampu untuk bernafas sendiri dan cuba menangis. Bahkan hospital sebenarnya boleh mengizinkan bayi ini dibawa pulang, hanya saja ibunya diminta tinggal beberapa hari lagi untuk bahan kajian. Saat bila hendak dibawa pulang beratnya sudah mencapai 18 ons (1.8 kilo).


2. Bayi Mirip katak



Tahun 2006, bayi aneh ini lahir di Charikot, pusat daerah Dolakha, dan menarik perhatian begitu ramai orang yang ingin sekadar melihatnya dan menjadi saksi keanehan ini.

Bayi tak berleher dengan kepala yang hampir seluruhnya tenggelam pada bahagian tubuh atasnya dan bola mata yang ukurannya sangat besar seperti mau melompat dari kelopaknya ini lahir dari pasangan Nir Bahadur Karki dan Suntali Karki di hospital Gaurishnkar di Charikot. Pasangan ini adalah penduduk Birkhot VDC, Dolakha. Ibu dari bayi ini memaklumkan bahawa bayinya akhirnya meninggal sejam selepas kelahirannya dan diserahkan ke hospital setelah kematiannya. 
Bayi yang lahir dengan berat 2 kg ini dilahirkan pada usia kandungan normal iaitu 9 bulan. Suntali, yang sebelumnya sudah mempunyai dua anak perempuan normal, tidak merasakan keanehan apapun selama kehamilannya. Nir Bahadur, ayahnya, mengatakan bahawa dia pun tidak memiliki firasat apa-apa mengenai bayinya. 
"Saya cukup bahagia bahawa tidak berlaku apa-apa atas isteri saya" ujarnya. Ada yang mengatakan bahawa bayi ini mengalami keadaan yang disebut anencephaly, suatu kelainan saraf dengan susunan otak yang kurang upaya.Bayi seperti ini akan meninggal beberapa hari selepas kelahirannya seperti bayi cyclops. Untuk mencegahnya seorang wanita dianjurkan mengambil sayur-sayuran di awal kehamilannya.

3.Bayi Cyclop


Tahun 2006, bayi ini dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata. Kakitangan perubatan yang membantunya lahir percaya bahawa keadaan bayi itu disebabkan oleh ubat eksperimen anti kanser. Penyebab lain ditulis dalam laporan hospital itu adalah boleh juga merupakan hasil dari kelainan kromosom. Bayi perempuan itu didiagnosis mengalami kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia. Dia dilahirkan dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan, tidak memiliki hidung, dan otaknya berkumpul dalam satu belahan saja. Dengan segala kelainan ini, sungguh suatu mukjizat jika bayi perempuan ini boleh bertahan hidup. Bayi malang ini akhirnya meninggal beberapa hari kemudian. 



4. Bayi dengan Tiga Lengan


Bayi ini namanya Liu Junjie dari wilayah Anhui, China, dilahirkan dengan tiga lengan pada tahun 2006.Para doktor berjaya membuang lengan ketiganya yang sangat jarang dan berbentuk cukup sempurna. Tetapi bayi malang ini memerlukan terapi fizikal yang lama untuk membolehkan dua lengan selebihnya yang tidak mempunyai telapak dan susah digerakkan. "Kami berharap berkongsi maklumat dengan doktor-doktor yang pernah mencari kes ini dari seluruh dunia" ujar Chen, Ketua Jabatan Ortopedik di Shanghai Children 's Medical Center. "Hal ini sangat jarang berlaku dan kami tidak banyak mempunyai maklumat untuk bertindak.


5. Bayi lahir dengan berat 7.75 kg


Seorang wanita Siberia tahun 2007 melahirkan bayinya dan terkejut bila mengetahui anaknya yang ke-12 itu mempunyai berat 7.75 kg. "Kami sekeluarga terkejut" ujar ibunya. "Selama kehamilan, saya makan apa saja. Kami tidak punya wang untuk membeli makanan-makanan khusus, jadi aku hanya makan kentang, mie, dan tomato. "Tambahnya sambil mendedahkan bahawa bayi sebelumnya juga dilahirkannya dengan berat lebih dari 5 kg. 

Mrkopilekat ulas : Allah Maha Berkuasa mengizinkan sesuatu apa yang dikehendaki Nya..Kita sebagai hamba Nya hendaklah sentiasa tabah dan redha dengan ketentuan Nya disamping memperbanyakkan ibadat dan doa..
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)