Kisah Sedih Suami Mati Isteri Tinggal Suami Pergi Sambut Merdeka [MESTI BACA]

  •                                 Isteri Temui Mayat Suami Bogel bersama wanita lain
  •                                                    gambar sekadar hiasan
  • Kisah Sedih Suami Mati Isteri Tinggal Suami Pergi Sambut Merdeka [MESTI BACA] |Buat renungaN

    Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
    anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
    Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan
    Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti
    saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang
    kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk
    menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring
    di atas sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu
    lelaki,berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...
    saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan.
    Ada dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel.
    rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak
    masak.
    Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no
    tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat
    di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.
    di mana anak anaknya?
    baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana
    bercuti,menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah
    tak mahu mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal
    pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang
    mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang
    menghurungi
    mayat.
    saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan
    ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn
    jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup
    mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya.
    Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk ke dalam bilik
    mayat dan mengecam...sejurus sebelum pengsan.
    kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?
    saya akan mengirimkan gambar gambar kejadian ini sekiranya kawan-kawan mahu
    lihat, bagaimana kesedihan ini diabadikan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)