Migrain, sakit kepala, dan pening bukanlah perkara yang asing bagi kita. Sure, semua orang pernah rasa kan?
Riwayat Muslim dari hadis Az-Zubair dari jabir dari Rasulullah S.A.W
"Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu
serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla"
Selain itu, Riwayat At- Tarmizi juga ada mengatakan bahawa,
"Sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran."
Ternyata bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Allah s.w.t. memberi penyakit,
Allah juga telah menetapkan ubat ataupun penawarnya, kecuali tua. Berdasarkan
keterangan hadis ini juga difahamkan bahawa tua itu adalah termasuk dalam
kategori penyakit, tidak kira sama ada tua itu benar-benar penyakit, ataupun ia
merupakan satu evolusi yang semestinya dilalui oleh semua manusia, yang
biasanya disertai dengan pelbagai penyakit dan masalah, yang tidak ada
penawarnya, ataupun ubat membolehkan orang yang tua menjadi muda, kerana
setiap orang itu mempunyai had umur. Apabila tiba masa mati, ketentuan itu akan
datang tanpa dapat dielakkan (al-A'raf:33). Maut adalah penghujung setiap
kehidupan, segala-galanya telah ditetapkan di Luh Mahfuz (al-An'am: 38).
Keterangan di atas membuktikan bahawa telahan mengenai umur seseorang sama
ada panjang ataupun pendek itu adalah urusan Ilahi. Begitu juga dengan harapan
untuk hidup ataupun untuk sembuh biarpun manusia melalui pengalaman yang
dilalui menurut lazimnya dapat menjangkanya.
Allah menurunkan penyakit. Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental
ataupun yang berkaitan dengan hati ada penawarnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh
agar setiap orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang
lain yang pakar dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri. Jelas terbukti
bahawa tugas manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan
menurut keupayaan dan kemajuan akal tanpa putus asa. Usaha dan ikhtiar adalah
tugas manusia manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan
termaktub di Loh Mahfuz.
Allah s.w.t. apabila menghendaki kebaikan itu berlaku ke atas hambanya, Ia akan
menyegerakan balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Seorang lelaki telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan harta bendanya telah habis,
manakala badannya terasa sakit. Baginda menjawab yang bermaksud:
"Tidak baik seorang hamba yang tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila ia mengasihi seseorang hamba Ia akan
mengujinya, dan apabila ditimpa bala maka Allah akan memberi kesabaran."
So, apa kata kalau kita belajar cara hilangkan sakit kepala dari petua rawatan Islam ni:-
Hembuskan pada tangan selepas
baca surah ini:-
1. Baca selawat ke atas
nabi (3 kali)
Kemudian, letakkan tangan pada
bahagian kepala yang sakit.
1. Baca Surah Al-Ikhlas
(1 kali)
2. Baca Surah Al-Falaq
(1kali)
3. Baca Selawat atas Nabi
SAW (3 kali)
Pusingkan tangan di kepala (bahagian yang sakit) mengikut
arah lawan jam.
Buat perlakuan seperti membuang benda dari kepala. Insyallah sakit
kepala akan berkurangan.
--> Selamat Mencuba <--
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)