Pengajaran "Mulut Kaki Fitnah Berkudis Dan Berulat"


                                                      sekadar hiasan


Pengajaran "Mulut Kaki Fitnah Berkudis Dan Berulat"

syed hassan syed mat tertanya-tanya ke manakah perginya hussin aminullah sejak dua tiga minggu kebelakangan ini. biasanya dia  akan lepak-lepak di kedai kopi simpang tiga.boleh dikatakan sepanjang berada di situ. hussin yang juga dikenali sebagai mulutnya bukan sahaja macam laser tetapi banyak cakap.dia serba tahu,ceritalah apa sahaja dia pasti akan tahu dan menyampuk.bercakaplah apa sahaja topik dari masalah  kampung sehingga kepada soal-soal politik negara dan juga antarabangsa.kalau bercakap pasal seni juga dia tahu malah kalau bercerita tentang holywood dan bolywood juga dia boleh campur.hussin juga suka bercakap tentang orang itu dan orang ini.dia pernah dipukul imam masjid gara-gara dia menyebarkan fitnah kononya imam buat 'projek' dalam masjid ketika hujan lebat.cerita ini berpusing dan berlegar dan akhirnya sampai ke telinga imam.apa lagi,suatu hari selepas solat asar iman datang ke kedai kopi di simpang tiga itu. apabila dia bersemuka dengan hussin tergagap gagap menjawab pertanyaan imam.apa lagi, imam hilang sabar dia terus menampar hussin selepas peristiwa itu dia senyap sekejap tetapi beberapa hari dia aktif semula.kalau hendak tahu apa-apa cerita tanyalah hussin ceropong.pendek kata, dia duduk sahaja pastilah ceritanya mengata orang. ada sahaja bahan ceritanya yang belum tentu betul atau sahih. dia jaja kesana kemari tanpa berasa bersalah dan berdosa. ketiadaanya sejak  beberapa hari menyebabkan kedai kopi di simpang tiga agak sunyi. tak sedap juga rasanya kalau tidak ada tukang  karut. "saya tanya kawan-kawan mereka kata hussin tidak sihat tetapi tidaklah teruk cuma dia mahu berehat di rumah tak mahu keluar ke simpang tiga,"syed hassan memulakan ceritanya pagi esok penduduk kampung dikejutkan dengan berita kematian hussin ceropong kerana dia tidak menderita teruk.hanya demam-demam biasa sahaja.walaupun dia begitu,mulutnya celupar tetapi ramai yang menyukainya.apa bila mrndapat tahu dia meningal dunia mereka semua datang meziarahinya. "ketika saya sampai kerumahnya ramai saudara mara dan sahabat handai yang tiba dari jauh dan dekat.jenazah hussin di letakkan di tengah-tengah rumah ditutupi kain batik lepas,"kata syed hassan.orang ramai yang datang tidak ada yang membuka kain penutup untuk melihat wajahnya buat kali terakhir tetapi syed hassan selain membantu menguruskan jenazah secara suka rela dia rapat dengan hussin. "entah macam mana saya terasa nak tengok wajahnya seolah-olah ada dorongan bagi saya untuk melihat wajah hussin di sebalik tutupan kain batik lepas," syed melanjutkan ceritanya dia pun duduk bersila di depan jenazah arwah lalu membuka kain penutup jenazah.sebaik wajahnya dilihat syed hassan tergamam. perlahan-lahan dia menutup semula jenazah arwah "saya merasa tak berpuas hati dengan apa yang saya lihat sebentar tadi.saya buka semula kain yang menutup jenazah itu sekali lagi.sah,saya bukan tersalah lihat. "mulutnya membengkak dan berkudis sehingga tak dapat nak kenal wajahnya di sebabkan kudisnya membengkak dan bernaanah," cerita syed hassan. tempat-tempat yang bernanah itu mengeluarkan beberapa ekor ulat berwarna hitam sebesar jari kelingking kanak-kanak.syed hassan terdiam apabila melihat buat kali kedua keadaan mulut hussin yang membengkak. syed hassan beristighfar sebanyak-banyaknya. dia mengambil al-quran lalu membaca dan menghadiahkan kepada temanya itu. saya memang nak turut sama  menguruskan jenazahnya tetapi apabila melihat keadaanya begitu menguatkan lagi keinginan saya untuk memandikan jenazah arwah,"kata syed hassan. syed hassan bersama pengurus jenazah yang lebih kanan mengurus jenazah.hal ini kepada rakan yang lebih kanan itu bimbang apa yang dilihatnya hanyalah halusinasi. "apabila rakan saya membuka kain penutup jenazah dia tersentak. dia beristighfar beberapa kali dan nyatakan apa saya lihat bukan halusinasi atau bayang-bayang "kami terpaksa membuang  beberapa ekor ulat dari bibirnya  yang pecah dan bernanah. selepas itu barulah kami mula memandikan jenazah,"cerita syed hassan. anehnyaa, semasa menigal dunia bibir dan mulutnya tidak ada sebarang kudis atau luka tetapi setelah dua atau tiga jam menigal dunia mulutnya membengkak dan bernanah serta berulat. "kudis pada mulutnya tidak mahu kering,akhirnya kami terpaksa letakan segumpal kapas kira-kira sama besar dengan penumbuk orang dewasa untuk memastikan air dari kudisnya tidak keluar lagi,"cerita syed hassan. air seakan-akan nanah tidak meleleh lagi dari mulutnya tetapi baunya sangat busuksehingga ada yang berungut kenapa jenazahnya berbau busuk." saya gembira dan bersyukur kerana jenazahnya selamat dimandikan dan disolat serta dikebumikan dengan sempurna tetapi saya tertanya-tanya kenapa mulutnya menjadi begitu?"kata syed hassan menurut syed hassan secara peribadinya beliau menyifatkan apa yang berlaku mungkin ada kaitan dengan mulutnya yang laser dan suka menyebar fitnahketika arwah hidup. "allah nak tunjuk kepada saya balasan itu tak hanya berlaku di akhirat tetapi ia boleh jadi di dunia seperti yang menimpa arwah.mulutnya bernanah dan berulat," kata syed hassan.

sumber  misteri
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)