NGERI!!! Mayat Polis Melayu Di Azab Kerana Bertatoo Salib


                                                                       
                                                                                      gambar hiasan
NGERI!!! Mayat Polis Melayu Di Azab Kerana Bertatoo Salib | Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri. Cintai Allah, Cintai Islam.

Sekadar Hiasan

Pengajaran Cerita
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
3. Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
4. “Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. TETAPI ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Saya ada follow satu vlogger Indonesia ni kat youtube sebab english die mmg power.Best la tengok vlog dia.Tapi kat tangan dia ada tattoo. Ingat non-muslim, tapi ada nampak scene kat TV ada interview dia dan keluarga tentang persiapan Ramadhan. ergh! yang hairannya, takda orang tegur pun pasal tattoo dia. yang org tanya, kat mana buat tattoo tu? apa yg dilukis? siap puji2.. ramai la yg mengikut nak buat. cool katanya. bila saya comment, ramai juga reply. Diorang cakap ramai je yang pakai tattoo tapi yg 'halal'. Mana ada tattoo halal. Dia bagi gambar rupanya inai yg lukis2 kat tangan pengantin pempuan tu. Dia non-muslim. Kawan dia pakai inai tu. Bila dia tanya, kawan dia ckp tu tattoo tapi tattoo halal. Timbullah salah faham bahawa wujudnya tattoo halal.So, bagi pendapat saya, tak payah la nak try2 tattoo ni esp lelaki lah. tengok macam citer ni boleh jadi dia saja2 buat tattoo salib.Wallahualam. Yg penting, kita kena back to basic Islam. Matlamat tak menghalalkan cara. Memang nampak cool, smart! Tapi, asasnya tetap HARAM. Maka, HARAM lah jadinya. Jangan sesekali nak cuba buat. Sekadar beri pendapat. :)

    ReplyDelete
  2. takde salahnye berbangga dgn bangsa..cuma kena siring dgn agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju islam itu indah murah dan bijak =D

      Delete
    2. ye memang tak salah bangga pada bangsa, tapi bagi saya tak perlu pun kerana khuatir timbul rasa riak dan sombong pada bangsa yg lebih rendah. dah byk sangat bangsa kita riak sekarang, hina sesukati terutama warga asing yg dtg bekerja, baik indon, bangladesh dll. sedangkan kat surau taman saya, majoriti pendudk melayu, hakikat majoriti di surau bangladesh. so kau bangga apa jadi melayu ? atau kau patut rasa malu ?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Jangan menilai orang pada apa yang ada secara zahir. kita tidak tahu bgman perhubungannya dengan Allah. Sy slalu mengingatkan diri tentang cerita seorang alim yg tdk memberi minum kepada seekor anjing, sebaliknya seorang pekacur yg memberikan anjing itu minum dapat masuk syurga dan org alim itu dihumban ke neraka. therefore, never judge a book by its cover. Ramai di antara kita suka menjatuhkan hukum tanpa usul periksa, kalau kita baik sangat mengapa mencerca dan memfitnah serta bersangka burukl pd org lain padahal Allah adalah selayak-layaknya yang Maha Menghukum. taubatlah, sucikan hati dan saya cabar - daptkah anda menhan hati anda dari berkata2 atau bersangka yg bukan2 thadap seseorang? selagi hati anda masih berkata2 meskipun tdk dizahirkan ke mulut, selagi itulah anda berbuat dosa. Justeru, blajarlah menahan hati, barulah dapat enahan nafsu dan meneguhkan iman.

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)