KELAKAR!!! KOLEKSI KISAH-KISAH LUCU!!!

TEMUDUGA

                                  

Satu sesi temuduga dijalankan untuk mencari seorang jurujual. Malangnya daripada 15 calon yang hadir, tiada seorangpun ada pengalaman, hinggalah masuk calon yang terakhir…

Pengurus Jualan : Awak ada pengalaman? Maksud saya pengalaman sebagai jurujual dan mendapat hasil jualan yang membanggakan…


Calon : Ada, tuan. Saya jual rumah, kereta dan barang kemas isteri saya.

Pengurus Jualan : !!!!??????


PENING KEPALA

Suatu malam minggu, seorang lelaki keluar dari kelab malam dalam keadaan mabuk gila. Sudah dua tiga kali dia muntah hijau. Dia berjalan melelong-lelong menuju ke arah teksi yang sedia menunggu di tepi jalan dan …”BAMMM!!!” tutup pintu, terus terbongkang di kerusi belakang.

Pemandu teksi : Incik….mana mau pigi?

Jantan mabuk : Hik…hik…Hotel Park Royal…hikkk.

Pemandu teksi : (Geleng kepala, kemudian berkata dengan marah) Aiyaa…itu hotel sebelah kelab malam tadi maa!!

Jantan mabuk : (Keluarkan dompet dan kemudian beri RM50 kepada pemandu teksi) Hikkk…..Tengkiu….hikkk….lain kali…hikkk….jangan bawak laju-laju sangat, okey….pening kepala saya…hikkk.


TIMBANG BERAT

Di sebuah pasaraya yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1, kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu ditengah kerumunan orang. KLINGG!! Duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer pun menjawab : “47kg!”

Gadis kedua pula mencuba. “52kg!” komputer itu memberitahu.

Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel, cuba menimbangi dirinya di mesin itu. KLINGG!! Duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata, “Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!”


BARANG KEMAS

Hamidah bercadang mengabadikan wajahnya dalam sebuah potret. Dia pergi ke galeri untuk mencari pelukis terbaik.
“Boleh lukis potret saya dengan cincin dan rantai berlian, gelang tangan bertatah batu zamrud, kerongsang delima dan jam tangan Rolex di tangan kiri saya,” kata Hamidah.
“Tapii…puan tak pakai pun semua barang tu,” jawab pelukis itu sambil memerhatikan Hamidah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
“Kalau saya mati dulu, suami tentu kahwin lain. Saya nak isteri barunya separuh gila mencari barang kemas yang saya pakai, itu saja,” jawab Hamidah dengan selamba.

Share on Google Plus

About wpelena wdali

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)