Telefon bimbit merupakan salah satu perlatan elektronik yang mengandungi kandungan toksid yang tinggi. Setiap hari ada saja telefon bimbit yang dibuang kerana rosak atau terbiar tidak digunakan kerana rosak atau terbiar kerana pemiliknya sudah membeli yang baru dan terkini.
Seorang pereka dari Belanda, Dave Hakkens telah muncul dengan idea ntuk menghasilkan sebuah telefon pintar modular. Idea yang diberi nama Phoneblock itu mengetengahkan konsep sebuah telefon pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasa penguna.
Phoneblocks bermula sebagai idea untuk telefon mudah alih yang terdiri daripada modul yang boleh tanggal dan hadir dalam bentuk blok. Anda boleh memilih sendiri komponen seperti kapasiti bateri, sensor kamera dan sebagainya. Memasangnya juga mudah seperti memasang blok LEGO. Ia seumpama membina sebuah telefon mengikut citarasa pegguna.\
Selain itu, konsep itu juga memudahkan pengguna apabila mahu menaiktaraf telefon. Sebagai contoh, jika anda mahu kamera yang lebh baik, anda menukar sahaja blok kamera dripada membeli telefon baru yang mempunyai kamera yang hebat.
Sementara itu, apabila sesuatu bahagian tertentu rosak, anda hanya perlu menggantikan bahagian tersebut dan tidak perlu membeli telefon baru. Ini juga akan dapat mengurangkan pengguna gajet membuang telefon mereka apabila tidak diperlukan. Perbuatan itu menyumbang kepada masalah sisa elektronik yang semakin meningkat.
Konsep dan idea Phoneblock itu sememangnya sesuatu yang menarik. Kini ia bukan setakat satu idea kerana Motorola, syarikat di bawah naungan Google telah menunjukkan minat terhadap idea tersebut.
Untuk menjadikan idea itu reliti, Motorala telah menjalin kerjasama bersama Hakkens menerusi sebuah projek yang digelar Project Ara. Motorola bertanggungjawab membangunkan perkakasan teknikal projek itu, manakala Hakkens akan membina satu komuniti berdasarkan projek tersebut.
Motorola mahu mengubah industri mudah alih dan mahu semua orang yang berminat membantu membuat perubahan itu dengan melibatkan diri dalam Project Ara. Oleh itu, Project Ara akan berjalan secara terbuka dan melibakan diri dengan komuniti yang akan membantu dengan berkongsi idea-idea mereka sepanjang proses pembangunan.
Tentang sistem operasi telefon pintarmodular itu pula,sudah pastinya ia akan menggunakan Android kerana Motorola adalah syarikat di bawah naungan google.
Sebelum ini Projek Ara semakin menjadi realiti apabila Motorola telah mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat iaitu 3D systems yang berpangkalan di Rock Hill,Carolina Selatan,Amerika Selatan,Amerika Syarikat.3D system akan bertanggungjawab untuk menghasilkan pelbagai modul komponen yang diperlukan untuk projek tersebut.
Soal bilakah peranti ini akan menemui pengguna?semua itu asih belum dapat dipastikan lagi.apa yang pasti ramai yang teruja dan tidak sabar menunggu ia dikeluarkan.Sama-sama kta nantikan telefon pintar modular hasil pembangunan projek ini.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)