{EKSKLUSIF} Pendedahan Mengapa Lelaki Bangladesh Memegang Tangan Dan Berpeluk Semasa Berjalan

                                                                                  
                                                                             gambar sekadar hiasan

{EKSKLUSIF} Pendedahan Mengapa Lelaki Bangladesh Memegang Tangan Dan Berpeluk Semasa Berjalan | Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?
Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba.


"Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay".

Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu "Gay" bermaksud "Sangat Gembira" hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik. 


p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat.

p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana?


sumber

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Hahahaha...
    hanye dibaris/diucap dengan beberapa ayat maka kita terpengaruh lalu menolak semua pandangan negatif masyarakat kerana sesuatu yang bukan menjadi utama didalam perlaksanaan kita anggap ia penting.kerana kononnye diSekolahkan hahaahaa..
    Adakah setelah anak lelaki anda telah dewasa dan bagi menunjukkan kaseh sayang kita perlu jalan berpengangan tangan dengan mereka seperti mana mereka maseh kanak dahulu.
    Adakah bagi menunjuk ke Akraban pada sahabat kita perlu jalan berpimpin tangan dengan beliau..
    Adakah perlu berpimpin tangan sesama seorang lelaki dewasa keatas lelaki dewasa yang lain bagi menunjuk kaseh sayang sesama kita.. hahaha
    Sebuah kaseh sayang kepada orang yang kita sayang boleh dilahirkan dengan banyak cara bukan dengan berpimpin tangan sesama lelaki .. lelaki dewasa..
    Penulis telah disekolahkan oleh Bangla.. Syabas penulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan nk cerita tunjuk kasih syg, fokus sebenar adalah persepsi masyarakat kita terhadap jalan berpinpin tgn sesama lelaki. fahami apa yg penulis nk sampaikan. :)

      Delete
    2. Memang..
      Apapila seorang lelaki dewasa berpimpin tangan sesama seorang lelaki dewasa yang lain apakah pandangan masyarakat..
      Maka jangan salahkan masyarakat banyak tapi salahkan diri kita yang tidak mahu memahami kadaan dan mencari tanggapan yang lebih elok tetapi cuma lebih mengambil pakai pendapat terpencil yang tidak perlu untuk diterapkan.

      Delete
  2. Lebih elok pegang tgn awek..mcm itu ka??sbnrnya mmg kta telah tercemar ngn puak minoriti.bangla pgg tgn sbb budayanya..kta plak pelik..

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)