Diganggu Hantu Tandas++(SERAM) AWAS!!! Jangan Baca Kalau Takut Ke Tandas

                                                 sekadar hiasan

 Diganggu Hantu Tandas++(SERAM) AWAS!!! Jangan Baca Kalau Takut Ke TandasSaya ingin cerita tentang diganggu di tempat kerja. Ini berlaku pada tahun 2003. Masa itu saya baru bermula tugas syif malam. Saya bekerja di sebuah pelabuhan kontena di sebelah barat Singapura.

Syif malam bermula dari jam 10:15 malam hingga ke jam 7:30 pagi keesokan hari. Waktu rehat pula dari jam 2 hingga 2:45 pagi tapi kadangkala saya tidak berapa sibuk jadi bila-bila saya boleh pergi berehat.

Kejadian ini berlaku pada hari kedua saya bekerja syif malam. Pada pukul 3 pagi gitulah ketua kumpulan menyuruh saya berehat kerana tidak banyak kerja pada malam itu. Saya pun pergi ke bilik rehat untuk tidur. Sebenarnya bilik rehat itu adalah bilik salinan para teknisyen, siap dengan tempat mandi dan tandas.


                                                                                         sekadar hiasan         

Untuk masuk ke sana, saya harus gunakan pas kerja yang harus saya lungsurkan ke alat pembaca kad (card reader) dan alat ini akan berbunyi jika kad digunakan untuk membuka pintu. Pada malam itu saya seorang sahaja yang masuk ke bilik salinan kerana tak ramai yang suka tidur di situ. Saya pun masuk dan buka baju kerja saya. Saya pun baring di atas bangku yang ada.

Tak sampai 5 minit saya baring saya terdengar bunyi air mengalir seperti bunyi air pancutan hujan di dalam tandas. Bunyi itu datang dari arah tempat mandi. Saya terfikir seketika "Takkan ada orang mandi pagi-pagi buta ni?" dan saya tahu yang saya seorang sahaja yang masuk tadi dan kalau ada orang masuk mesti alat pembaca kad tadi berbunyi. Saya pun tak fikir apa-apa, terus ke bilik mandi untuk periksa. Memang benar ada paip air mandi yang terbuka. Saya pun menutup paip itu dan sambung rehat.

Baru sahaja saya baring sekali lagi terdengar bunyi air paip mandi dibuka. Kali ini saya tidak pergi untuk periksa dan terus saya keluar dari bilik salinan dan tak jadi tidur di situ. Mungkin sebab itu tak ada orang yang tidur di situ. Untuk pengetahuan anda, tempat kerja saya terletak di atas tanah tambak di tengah laut. Mungkin tempat ini memang ada kisahnya. Wallahu'alam...


sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)