Pelik !! Lelaki Melakukan Ramalan Dengan Melihat Najis !!

Pelik !! Lelaki Melakukan Ramalan Dengan Melihat Najis !!

Percaya atau tidak, ilmu menganalisis kotoran adalah salah satu cabang dalam meramal. Seni meramal ini dinamakan Scatomancy.

Singh adalah salah seorang dari beberapa pengamal seni meramal yang telah lama hilang. Baru-baru ini, ia tampil dalam sebuah filem dokumentari berjudul Journey to Planet Sanity, yang dikeluarkan pada 6 Disember lalu.

"Ini adalah seni meramal yang telah lama hilang. Anda akan terkejut dengan ketepatan hasil dari ramalan ini," jelas Singh.

Dalam dokumentari tersebut, seorang bernama Blake Freeman digambarkan perjalanan ke seluruh Amerika Syarikat dengan temannya, Leroy Tessina. Leroy adalah seseorang yang sangat paranoid tentang alien dan aktiviti paranormal. Untuk itu, Freeman pun mengajak Leroy untuk melawat Singh.

Tahukah anda apa yang kemudian dilakukan Singh? Dia meminta Leroy untuk buang air besar ke tandas, dengan arahan, "Setelah selesai, jangan siram."

Selepas itu, Singh lantas mengumpulkan kotoran Leroy ke dalam sebuah mangkuk porselin berwarna putih. Lelaki itu lalu duduk di lantai dan mengamati kotoran itu dengan teliti. Di saat yang bersamaan, Leroy yang melihat kejadian itu berusaha menahan rasa mualnya dan tetap mendengar ramalan Singh. 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)