Mesti Baca Info !! Tanda-tanda Jin Jatuh CInta Kepada Kita

Mesti Baca Info !! Tanda-tanda Jin Jatuh CInta Kepada Kita

Tajuk seramnya. Sebelum saya terjumpa artikel ni di facebook, saya pernah terdengar tajuk artikel ini di dalam ceramah Ustaz Kazim Elias. 
Kepada yang suka terlelap selepas waktu Asar, awas! Anak-anak dara jangan dibiarkan berada di luar rumah ketika waktu senja. Selamat menambah ilmu. 

Sekadar hiasan

Selalu lebam-lebam? Tak tahu dari mana datangnya lebam-lebam? Bangun tidur tiba-tiba ada kesan lebam dekat anggota badan. Itu adalah tanda-tanda bahawa Jin atau makhluk halus sudah jatuh cinta.

Apabila Jin atau makhluk halus sudah mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. 

Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain. Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. 
Perkara yang lebih malang, sekali Jin menggigit pasti akan digigit lagi. Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. 

Elakkan keluar waktu senja atau petang, Jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi. Jauhi tempat-tempat sunyi seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga. 
Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, sebaiknya gunakanlah kain basahan.
Wanita tidak dapat melihat Jin, namun Jin mampu melihat kekasihnya. Kesan gigitan tersebut adalah tanda kasihnya terhadap pasangannya. 

P/s : Kepada kaum Hawa, usahlah kamu menggoda Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin Jatuh Cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya, ada yang menamakan ia "Sihir Jin Asyik (Jin Sedang Angau)". 
Bila Jin cuba pertahankan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. Malah bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahankan cinta mereka.

*Cara merawatnya lumur limau ke seluruh badan sambil membaca 7 kali Surah Al-Fatihah, mandi dengan beralas dan tutuplah aurat dengan sempurna kerana jin lebih cenderung memilih orang yang tidak menutup aurat menjadi kekasihnya dan amalkan membaca Al-Quran, Zikir dan Jaga Solat 5 Waktu.


Sumber

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)