Pelik!!Jahit Lidah Untuk Kuruskan Badan!

Pelik!!Jahit Lidah Untuk Kuruskan Badan!

Pelik tapi benar. Hanya kerana ingin kelihatan kurus, dua orang wanita, Marlene Beltran, 20, dan Lysander Lanusa, 27 telah menjalani pembedahan menjahit lidah bagi mengurangkan selera makan mereka. Walaupun berasa sakit dan tidak selesa, mereka sangat gembira dengan hasil yang diperoleh.

Lysander yang pada awalnya mempunyai berat kira-kira 90.7 kilogram telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10.4 kilogram dalam tempoh sebulan. Sementara, Marlene yang mempunyai berat badan 70 kilogram pula berjaya mengurangkan lapan kilogram dalam tempoh sama.

 Tongue patch
Proses Menjahit Lidah

Hilang deria rasa
Kaedah menjahit lidah diperkenalkan pakar bedah plastik dari Beverly Hills, Nikolas Chugay pada 2009. Peranti yang dilekatkan pada lidah memerlukan enam jahitan. Pembedahan hanya mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak AS$2,000 (RM6,550).

Jahitan terbabit menyebabkan cubaan untuk mengambil makanan keras menjadi begitu menyakitkan sehingga terpaksa mengehadkan pengambilan makanan cair hanya kepada 800 kalori setiap hari. Pembedahan itu juga menyebabkan lidah kehilangan deria rasa dan mereka akan berasa sakit jika makan apa juga makanan kecuali cecair.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. xbebaloi .... xde otak , diet cam biase la ..
    bodo nafsu dorang

    ReplyDelete
  2. dunia ku akan mati jika tidak merasa kelazatan makanan sebenar!!!!gilaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  3. sebagai islam lebih baik pose, x sakit ape2.

    ReplyDelete
  4. Kalau semua org buat ni maka lenyaplah istilah "delicious"..~hahah~

    ReplyDelete
  5. aah,,xnikmat hidup kalau tak rasa kesedapan makanan... bodo betoi mnusia yg buat tu -_-

    ReplyDelete
  6. Masing masing ada cara tersendiri...
    yg lelaki nak jadi pompuan
    yg lelaki kahwin lelaki
    yg pompuan kahwin pompuan
    semua adalah...
    so jangan pertikai kehendak orang...
    tapi ingat kita ada syurga dan neraka
    setiap tindakan ada balasannya

    ReplyDelete
  7. nak kurus,exercise lah..tu pon mls..x phm betoiii

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)