KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) menawarkan empat juta tempat duduk pada diskaun sehingga 70 peratus daripada tambang biasa dalam promosi jualan seluruh negaranya.
Promosi itu yang bermula hari ini dan berakhir pada 15 Julai, 2013, adalah bagi perjalanan pada masa terdekat sehingga 31 Mac, 2014, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan Isnin.
Naib Presiden Kanan Serantau Malaysianya, Muzammil Mohamad menjangkakan sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang tahu ia satu tawaran yang baik apabila mereka melihatnya.
"Inisiatif jualan ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menyokong inisiatif rakan kongsi perdagangan pelancongan kami, kerana kempen kami akan serentak dengan beberapa pameran pelancongan yang dianjurkan oleh persatuan ejen-ejen pelancong bulan ini," katanya.
Tambang rendah itu termasuk ke Dubai, New Delhi, Mumbai dan Hyderabad. Tambang menarik itu juga ditawarkan ke destinasi negara-negara Timur dan destinasi menarik seperti London, Paris dan Melbourne dengan lebih 50 destinasi perikatan oneworld termasuk New York, Chicago dan Houston, kata MAS.
Pada masa yang sama, tambang khas itu ditawarkan bagi perjalanan Kelas Ekonomi antara 10 hingga 31 Julai, 2013, semasa bulan Ramadan, bagi perlepasan dari Kuala Lumpur ke destinasi domestik, Asean dan destinasi negara-negara Timur.
Selain tawaran istimewa ini, pelanggan yang melancong menggunakan MAS juga dapat menikmati peningkatan kebenaran bagasi kabin bermula hari ini.
Syarikat penerbangan itu membenarkan satu bagasi kabin dalam Kelas Ekonomi dengan berat maksimum tujuh kilogram berbanding lima kilogram.
Pelanggan di Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dibenarkan membawa dua bagasi kabin dengan berat sehingga maksimum tujuh kilogram setiap satu, dengan setiap bagasi tidak melebihi ketinggian 56 sentimeter, kepanjangan 36 sentimeter dan kelebaran 23 sentimeter, kata MAS.
Pelanggan boleh menempah tawaran istimewa ini menerusi dalam talian di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan bebas tol 24 jam MAS di 1-300-88-3000 dan pejabat tiketnya di seluruh negara serta ejen-ejen dilantiknya.Sumber
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)