Tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan 2013

Tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan 2013 | Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma.Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai 2013 bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.  

Lokasi untuk melihat anak bulan seperti berikut:-
- Pontian Kecil, Johor;  
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;  
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;  
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;  
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;  
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;    
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;  
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;  
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;  
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;  
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;  
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;  
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;  
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;  
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;  
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;  
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai,Kelantan;          - Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;  
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;  
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;  
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;  
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;  
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;  
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;  
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;  
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;  
- Menara Kuala Lumpur;  
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan  
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)