Tanda-tanda anda bakal ditinggalkan kekasih hati

Tanda-tanda anda bakal ditinggalkan kekasih hati |

1. Bila nak ajak keluar berduaan, pelbagai alasan diberikan. Kadang-kadang terasa tak logik pula alasannya. Pendek kata 1001 alasan yang diberikan dan ada yang tak masuk akal langsung. 

2. Masa sedang hangat bercinta sangat romantik. Mulut pula tak lekang dengan ungkapan sayang, cinta dan rindu. Malah membahasakan diri dengan perkataan yang manis seperti ‘baby’, ‘honey’ dan ‘darling’ tetapi kini sudah bertukar pula bahasa kau dan aku. 

3. Gambar anda tidak lagi menjadi barang berharga di dalam dompet atau bilik tidurnya. Lebih malang gambar anda itu dijumpai di bawah katil dan bonet kereta.

4. Bila keluar, mula membuat mimik muka kurang senang untuk berduaan dengan anda. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila disoal. Asyik melihat jam di tangan saja dan sentiasa dalam keadaan gelisah. 

5. Tangan sentiasa melayan telefon bimbit dan ada saja SMS masuk ke dalam telefon miliknya. Pelbagai alasan yang diberikan apabila ingin melihat telefon miliknya. 

6. Waktu yang paling si dia seronok adalah ketika berjauhan dengan anda dan perwatakannya juga serta-merta berubah daripada seorang yang pendiam kepada lebih periang. Baginya tanpa anda di sisi lebih menyeronokkan.HM

P/S Mr kopilekat >> Cuba beri kelainan dalam perhubungan..contohnya, sebelum ni ber abang dan sayang..jika dah lama gelar camtu,nnti akan tmbul perasaan bosan pulak..so,tukar la pulak..baby honey ke..ayang yang2 ke.. salah satu tips.. =)
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)