Sikap Mat Yo kurang ajar
Kota Bharu: Penyokong The Red Wariors (TRW) menganggap tindakan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha membuang pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional. Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi semalam.BH Sukan semalam melaporkan, Mat Yo dikatakan bertindak membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk bilik persalinan selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Kelantan dalam final Piala FA, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Sementara itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.
"Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi.Sumber
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)