Biar betik!!Lelaki jadi genius setelah dipukul penjahat!!

Aneh, lelaki ini menjadi genius setelah dipukul oleh sekumpulan penjahat. BAGI kebanyakan orang, pendidikan yang tinggi diperlukan untuk mendapat gelaran genius. Namun bagi Jason Padgett, kecerdasan tinggi diperolehnya hanya dalam waktu satu malam. Macam mana boleh terjadi ya??
Lelaki yang berasal dari Tacoma, Washington, Amerika Serikat ini tidak mempunyai gelaran sarjana, setelah disingkirkan dari kolej kerana tidak mencapai tahap yang ditetapkan pihak kolej. Dengan gelaran mahasiswa yang disingkirkan, Padgett menghabiskan waktunya hanya dengan berpesta dan berfoya-foya.

Hingga pada suatu malam, hidup Padgett berubah selamanya. Setelah berpesta di sebuah kelab karaoke di Tacoma, sekumpulan penjahat menyerang Padgett, memukul dan menendang kepalanya berkali-kali.“Saya melihat kilatan cahaya, lalu tidak sedarkan diri. Setelah sedar, saya sedang berlutut di tanah dan saya pikir, saya akan mati,” ungkapnya seperti dikutip Oddity Central, Selasa (1/5).

Dua hari setelah insiden ini, Padgett merasakan sesuatu yang berbeza. Lelaki yang kini berusia 41 tahun itu mendadak mampu menggambar diagram yang mewakili rumus-rumus matematik dalam pelbagai bentuk. Padahal sebelumnya Padgett tidak mampu menggambarkannya sama sekali.
“Saya melihat semua hal seperti diagram theorem Pythagoras. Setiap benda dengan lekukan, spiral, semua terlihat seperti diagram matematik,” ujarnya.Gambar dengan pola geometrik matematik yang dibuat Padgett disebut fractal. 
Gambar fractal buatan Padgett dilihat sangat detail, bahkan rumit untuk dibuat secara manual.Kemampuan Padgett yang datang secara tiba-tiba membuat Padgett sempat ke Finlandia untuk menjalani serangkaian test oleh Berit Brogaard, ahli syaraf dan professor falsafah dari Center for Neurodynamics di University of Missouri – St. Louis.Hasil scan menunjukkan Padgett mengalami kerosakan otak, sehingga beberapa bahagian otak yang lazimnya tidak dapat diakses menjadi terdedah . 
Keadaan inilah yang membuat Padgett memiliki kecerdasan setara manusia super.Dengan kepintaran ini, Padgett meninggalkan profesion lamanya sebagai pegawai kedai perabot dan beralih menjadi guru matematik.Sumber

Share on Google Plus

About kayriel eizham

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Wahh bagus nie..
    Maka barang siapa yang nak jadi genius leh suh aku tendang kepala mereka beberapa kali dan esok dah leh jadi pandai.

    Aku bimbang kut kut padgett nie ada tumor otak.. Tumor otak yang tumbuh ditempat tertentu didalam otak akan menekan otak lalu merangsang sel sel otak lebih banyak dan aktif lalu membuat mangsa lebih bijak dan sangat genius..
    Namun apabila tiba saatnye nanti tumor tersebut sudah membesar dan kritikal maka.. mangsa akan ...
    ...

    ReplyDelete
  2. Dengan kuasa ALLAH semua boleh jadi... SubhanALLAH...

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)