Gambar sekadar hiasan
Kisah Benar..Kain Kafan Terbakar Serta Mayat Menjadi Berat | SIANG itu, matahari menampakkan bentuknya yang sempurna. Terik sinarnya membuat panas sekujur tubuh. Peluh pun bercucuran di setiap anggota tubuh orang-orang yang berada di bawah panahannya. Sang suria telah mengeluarkan pancaran sinar ke seluruh muka bumi dengan ‘ganasnya’. Kala itu, suara bising kenderaan terdengar begitu nyaring di telinga. Gemuruh orang yang lalu lalang di sekitar jalan kian menambah panas suasana. Maka, lengkaplah sudah kegersangan di hari itu. Ditambah, musim kemarau yang tak jua usai. Hujan sudah lama tak turun-turun. Debu dan asap kenderaan pun bagaikan sepakat, menyatu dalam taburan pencemaran udara.
Namun, tiba-tiba saja, keadaan itu memecah dalam seketika. Sebab, di tengah riuh ramai orang beraktiviti, seorang lelaki dikhabarkan terbunuh digilis kereta. Keadaannya sangat mengharukan dan menghibakan hati. Darah bercucuran di bahagian tubuhnya. Badannya terseret sepanjang beberapa meter. Sekujur tubuhnya bersimbah darah. Dia maut seketika itu juga. Khabar itu langsung saja membuat penasaran hampir seluruh warga di jalan itu. Jenazahnya lalu dikerubungi orang ramai. Gunawan, 32, telah tewas diheret oleh kereta. Kala itu, dia sedang menunggang motorsikal seorang diri. Sebuah kereta melaju dari arah bertentangan dan menghentam motorsikal Gunawan dari arah depan. Menurut saksi, Gunawan cuba memotong kereta yang berada di depannya, tapi tak disangka ada kenderaan lain dari arah bertentangan. Kerana kehilangan keseimbangan, kereta itu lalu melanggar motorsikal Gunawan. Keadaan jalan beberapa detik selepas itu jadi jem. Orang-orang berhenti seketika dari aktivitnya. Bukan saja kerana terkorbannya mangsa, tapi juga kerana kejadian tersebut menimpa seorang anak muda penduduk kampung itu. Jasad Gunawan kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumahnya.
Kejadian Aneh
Abdullah, 60, tetangga korban, masih teringat betul peristiwa kematian gunawan. Hingga kini dia sulit melupakannya. Dia termasuk orang yang ikut membawa jasad Gunawan dari tempat kecelakaan jalan raya itu ke hospital dan hingga ke rumahnya. Dia tahu bagaimana keadaan jasad Gunawan kala itu. Darah bercucuran dari bahagian kepalanya yang mengalami kecederaan parah. Yang paling sulit dilupakan oleh Abdullah adalah peristiwa aneh yang menimpa jasad Gunawan ketika hendak dikafankan. Proses memandikan jasad, yang dilakukan sebelum mengkafaninya, telah berjalan dengan baik. Namun, keanehan justeru terjadi ketika dia dan tiga kawannya hendak mengkafani jasadnya. Kain kafan yang akan dikenakan ke jasad Gunawan tiba-tiba terbakar. Kejadiannya cepat sekali. Abdullah terkejut. Dia lalu bertanya ke rakan di sebelahnya, “Ah, kamukah yang menyalakan api ke kain ini?” “Tidak!” jawab temannya. “Kamu kan merokok. Kamu mungkin lupa letak batang rokok di sebelah kain,” sahut Abdullah kepada rakannya itu. “Tidak! Sungguh!” “Mungkin teman yang lainnya!?” Abdullah mengagak. “Oh iya... aku lupa. Aku letak batang rokok di samping kain tadi. Maaf!” kata salah seorang di antara mereka. “Ish...!, kamu. Tak baik buat macam tu,” sahut seorang rakan lainnya. Kerana kain untuk mengkafani jenazah sebahagian telah terbakar, maka pihak keluarga si mati tak mahu menggunakannya lagi. Mereka memilih untuk membeli kain kafan yang baru. Salah seorang anggota keluarga disuruh segera membeli kain putih di pasar. Tak beberapa lama kemudian, orang yang ditugaskan membeli kain kafan pun tiba. Dia lalu menyerahkan kain itu kepada empat orang yang bertugas mengkafani jenazah. Anehnya lagi, sebelum kain kafan itu dikenakan ke jasad si mati, kain itu terbakar lagi. Asap kecil mengepul ke permukaan. Namun, untuk yang kedua kalinya ini, tak ada penyebab yang jelas. Kain kafan itu tiba-tiba terbakar begitu saja. Semula, lagi-lagi, diantara petugas jenazah saling menaruh curiga. Jangan-jangan hal ini terjadi kerana kelalaian perokok di sebelah kain kafan, seperti kejadian sebelumnya. “Wah, ada yang meletakkan potong rokok lagi kali ini?” ujar diantara mereka kepada rakan-rakannya. “Rasa aku tak sesiapa yang merokok kali ini.” “Cuba periksa lagi.” “Memang tidak ada.” “Kita semua tidak ada yang membawa rokok sejak tadi.” Empat orang petugas mengkafani jenazah itu, saling bertatap muka dan menaruh pertanyaan besar dalam hati, “Macam ada yang tak kena ni...” Meski menaruh rasa aneh dan penasaran, mereka tetap berusaha menyembunyikannya kerana takut menyinggung perasaan keluarga si mati. Diringkaskan cerita, pihak keluarga si mati sekali lagi membeli kain kafan di pasar. Untuk kali ini, pihak keluarga membeli kerana takut kejadian serupa terulang lagi.
Tapi, untuk selanjutnya, proses mengkafani tubuh jenazah berjalan lancar. Tidak ada kejadian aneh lagi. Kain kafan dapat dikenakan terbalut rapi ke tubuh jenazah. Hanya saja, Abdullah yang kala itu ikut dalam proses mengurus jenazah dari awal hingga akhir, akhirnya menemukan kejadian aneh lagi. Ketika dia mengangkat jasad si mati ke keranda mayat, dia rasakan berat sekali. Tak sepadan dengan berat jenazah. Dia tak pernah mengalami hal aneh seperti ini. Dia termasuk orang yang sering diamanah oleh kalangan masyarakat setempat untuk mengurusi mayat warga yang meninggal dunia. Tapi, untuk hal aneh ini, dia pun mencuba untuk menyembunyikannya dari perhatian keluarga si mati.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)