Blog perkongsian berkenaan kisah-kisah misteri seluruh dunia, kisah benar, kisah pengajaran, berita tergempar, gambar pelik dan rare serta perkongsian artikel ilmiah.
Kuku yang sihat akan kelihatan licin, bersinar dan bersih. Keadaan kuku
akan memberi tanggapan terhadap kesihatan dan kecantikan diri seseorang.
Maka adalah penting untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kuku.
Oleh itu admin akan memberikan beberapa tip yang dapat dijadikan panduan dalam menjaga kuku. Di antaranya ialah:
Mengambil Makanan yang Sihat
- Terdapat pelbagai makanan berkhasiat yang dapat menjadikan kuku kuat,
sihat dan nampak menarik. Antaranya adalah seperti timun, bawang putih,
kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, salmon,
tuna, anggur dan epal.
Jangan Mengigit Kuku
- Tabiat mengigit kuku akan menyebabkan kuku rosak(kelihatan pecah
dihujung). Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis, mengigit
kuku boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.
Penggunaan Kuku
- Jangan menggunakan kuku untuk membuka atau mencungkil sesuatu objek
keras. Ini kerana boleh menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.
Pengambilan Multi Vitamin
- Amalkan pengambilan vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.
Membantu Pertumbuhan Kuku
- Pengambilan kalsium dan zink dapat mempercepatkan pertumbuhan kuku dan
menjadikan kuku kuat. Elakan Pengambilan gula dan alkohol yang
berlebihan kerana dapat merosakkan kuku.
Gunakan Pelembap
-Seperti kulit, kuku juga memerlukan pelembap setiap hari. Cukup dengan memakai losen badan atau lotion kuku.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)