What's on your mind? Bagi pengguna laman sosial pasti sudah biasa melihat istilah ayat itu.
Pekara ini dialami seorang remaja di UK yang dimasukkan ke penjara kerana memburuk-burukkan ibunya sendiri di Facebook.
Remaja berusia 20 tahun bernama Samuel Hinkin dijatuhkan hukuman penjara selama enam minggu oleh Bridgend Magistrates Court, South Wales, UK. Hukuman penjara itu diberikan hakim kerana Samuel menulis hal buruk tentang ibunya di laman sosial facebook.
Setelah memburuk-burukkan ibunya sendiri di Facebook, Samuel bertengkar dengan wanita yang melahirkannya itu. Si ibu pun mengambil laptop anaknya itu. Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan lelaki muda itu. Dia marah hingga menendang pintu dan merosakkan beberapa perabot.
Petugas polis dipanggil untuk meredakan kemarahan Samuel. Ketika pegawai polis datang dan membawanya ke pejabat polis, lelaki itu masih sangat marah dan mengancam akan membakar rumah.
Pendakwa yang menangani kes ini, Nia James, berkata, Samuel mempunyai masalah temperamen. Dia juga sudah berulangkali bertengkar dengan ibunya. Bahkan di pejabat polis semasa diberikan kesempatan menelefon ibunya, lelaki tersebut masih marah. Dia melempar telefon polis yang dipinjamkan padanya.
Semua perilaku buruknya itulah yang membuat hakim, John Viney, menjatuhkan hukuman penjara enam minggu pada Samuel. Bahkan, ia juga dilarang menghubungi ibunya. "didakwa tidak boleh menghubunginya baik secara langsung mahupun tidak langsung - dan defendan tidak boleh menulis apa-apa yang menjatuhkan ibunya di Facebook atau Bebo," ujar hakim.

0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)