MESTI BACA!!! Baru Berusia 23 Tahun Sudah 4 Kali Mengandung Anak Luar Nikah (KISAH BENAR)
gambar sekadar hiasan
MESTI BACA!!! Baru Berusia 23 Tahun Sudah 4 Kali Mengandung Anak Luar Nikah (KISAH BENAR) | “LEPAS lahir saja bayi itu, saya nak buang di mana-mana. Tidak kiralah dalam longkang ke, atau ke dalam hutan sekali pun, saya sanggup. Sudah puas saya makan buah nanas, naik pecah-pecah bibir dan mulut. Minum arak dan ragi, tetapi ia terus melekat di situ. Saya tidak mahukan anak ini. Buat apa saya kendong ke sana ke mari selama sembilan bulan kalau ia memang membebankan? Saya hanya inginkan keseronokan, bukannya menyusahkan hidup saya.”
Itulah pengakuan ikhlas Maria (bukan nama sebenar). Terlalu muda, enggan membela anak hasil perbuatan zina tanpa di ketahui mana satu bapanya, mendorong Maria bertindak begitu. Maria tidak tahu apa-apa mengenai kehamilan, termasuk aspek keselamatan, tetapi atas nasihat doktor, dibantu pula pembantu rumah yang ‘simpati’ nasibnya, Maria hanya mengikut.
“Gugurkan kandungan itu dan rahsia ini kita simpan baik-baik,” janji pembantu rumahnya, Kak Sarah (bukan nama sebenar) memberikan harapan kepadanya untuk tersenyum kembali.
Malangnya tidak seinci pun pengalaman itu menginsafkan, walaupun ia meninggalkan rasa sakit akibat ‘dicuci’. Sebaliknya Maria memutuskan, kalau dia hamil lagi, jawapannya mudah, iaitu menggugurkan kandungan itu. Dengan pelbagai teknologi tersedia di hospital atau klinik swasta, janji sediakan wang secukupnya
Maria kini berusia 23 tahun, tetapi pengalamannya dalam dunia maksiat hampir separuh daripada usianya itu. Dua kali hamil anak luar nikah, tetapi tidak pernah mengingini anak itu. Padanya walaupun perbuatan itu salah dan berdosa, tidak sekelumit pun menimbulkan rasa insaf di hatinya.
Katanya, kesal yang timbul mungkin hanya seketika cuma, selepas kandungan hilang atau perut kembali kempis, wanita yang hanya mengejar keseronokan dunia akan berterusan melakukan zina.
“Ketika saya hamil fikiran saya berserabut. Malu, takut dan sebagainya silih berganti, malah pernah berdiri di koridor rumah untuk terjun membunuh diri. Rasa terlalu takut menghantui diri. Saya hanya fikir bagaimana untuk membunuh kandungan sampai kesihatan diri pun saya tidak endahkan. Saya langsung tidak fikirkan kesan buruk pengguguran atau hukuman menunggu pesalah membuang anak.
Lebih malang bila saya tanggung sendiri tanpa lelaki bergelar suami,” katanya.
Maria anak bongsu daripada tiga adik beradik, bukan tidak berpendidikan, jauh pula anak orang miskin, sebaliknya dimanjakan oleh ibu bapa dengan kemewahan dan keseronokan dunia.
Telefon bimbit, internet dan seorang pemandu untuk memudahkan pergerakannya ke sana ke mari, apa yang diingini Maria, akan cuba dipenuhi ibu bapa tanpa banyak soal.
Baik di sekolah dan cemerlang dalam pelajaran, hanyalah topeng, mengelakkan perbuatan sumbangnya daripada dihidu ibu bapa, sekali gus ‘menutup’ kesan arang yang sudah sekian lama ‘dilumurkan’ ke muka orang tuanya yang tidak pernah bertanya, jauh sekali menyelidik kegiatannya ketika ibu bapanya keluar bekerja.
“Semua kemudahan diberikan mereka saya gunakan untuk menjahanamkan diri sendiri. Telefon saya gunakan untuk merakam benda lucah. Begitu juga internet. Saya selalu memasuki laman sembang berbau lucah. Malah kerap melihat rakan-rakan sembang melakukan seks menerusi web cam di komputer, menjadikan saya ketagih,” katanya.
Menyorot kisah hitamnya, Maria berkata, dia mula melakukan hubungan terlarang sejak berusia 14 tahun.
“Di tingkatan dua saya berkenalan dengan pelajar tingkatan tiga sekolah sama. Suatu hari dia mengajak saya ke rumahnya. Di sanalah saya melakukannya ketika dia menunjukkan cerita lucah.
“Saya pulang dengan rasa bersalah dan menangis. Terbayang-bayang di depan mata wajah mak dan ayah, tetapi bila pulang tidak ada sesiapa yang berkongsi cerita dengan saya, kecuali pembantu rumah. Walaupun ada rasa kesal, rakan sekelas seolah-olah menggalakkan saya melakukannya. Dan sejak itu kami kerap bersama hampir setiap hari di rumah teman lelaki,” katanya.
Memburukkan keadaan apabila Maria menyatakan ibu bapanya bagaikan memberikan sepenuh kebebasan kepadanya untuk melakukan segala-galanya.
“Bayangkan, mak dan ayah jarang sekali berkomunikasi dengan saya, jauh lagi untuk ambil tahu apa yang saya buat di luar rumah. Saya bagaikan berada di rumah sewa yang bebas melakukan apa saja. Mungkin disebabkan pelajaran saya agak baik, menjadikan ia topeng paling baik untuk saya.
“Selepas bersama teman lelaki kira-kira setahun, akhirnya kami putus. Ketika berada di tingkatan empat bersama rakan-rakan ‘sekepala’, saya kerap ponteng sekolah dan melepak dengan kumpulan lelaki yang lebih berusia, mat-mat motor.
Seingat saya sudah lebih 10 orang saya tiduri, tetapi semuanya saya lakukan tanpa pengetahuan ibu bapa, sebab mereka terlalu sibuk dengan urusan dunia dan pejabat.
“Suatu hari saya demam. Ditemani pembantu rumah saya ke klinik dan ketika itu saya sudah hamil tiga bulan. Klinik itu memberitahu tempat yang boleh saya gugurkan kandungan. Ketika itu saya berusia 16 tahun. Kak Sarah (pembantu rumah) orang yang paling terkejut. Tetapi dengan bantuannya kami sepakat menggugurkan kandungan itu di sebuah klinik di Kajang.
“Selepas semalam di klinik itu, ditemani Kak Sarah, dia menyatakan kekesalan sebab selama ini dia jaga saya, tetapi saya katakan tidak ada apa yang nak dikesalkan sebab bayi sudahpun dicuci. Maria dan Kak Sarah berjanji bersama-sama merahsiakan perbuatan itu daripada diketahui ibu bapa Maria,” katanya.
Tamat pengajian, Maria tidak secemerlang mana, tetapi berjaya juga menyambung pengajian di sebuah kolej agama di Kajang. Pengalaman lampau tidak menginsafkan apabila tidak lama selepas itu dia berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah beristeri.
Berjauhan dengan keluarga nyata langkahnya kian panjang. Tinggal di rumah sewa dengan teman serumah juga suka melakukan maksiat, akibat perbuatan itu dia sekali lagi hamil.
“Saya sebenarnya jenis datang bulan tidak sekata justeru saya tidak pernah mengamalkan perlindungan ketika melakukan hubungan. Kak Sarah tidak sanggup lagi menipu. Saya ingat lagi, selepas makan malam bersama keluarga, ketika balik ke rumah dan menceritakan kepada Kak Sarah, saya naik ke bilik dan di bawah saya terdengar ayah menjerit ‘Ya Allah!’ lalu memanggil saya turun.
“Kak Sarah membuka cerita hitam saya. Tetapi saya seakan tidak sedih atau berasa bersalah, mungkin sebab hati saya hitam, kesan berzina dan menipu orang tua. Mak kata kalau boleh gugurkan kandungan itu, tetapi Kak Sarah kata, biarkan bila lahir bagi pada orang yang mahu. Tetapi dalam diam-diam saya cuba membunuh kandungan dengan minum arak, makan nanas dan minum air ragi.
“Ketika itu jiwa saya meronta-ronta. Beberapa kali juga saya memutuskan untuk membunuh diri, tetapi terselamat. Tetapi semua tidak berhasil hinggalah saya melahirkan anak. Sakit bersalin bagai nak mati. Sempat sekali menyusukan bayi itu, tetapi selepas itu saya serahkan anak kepada ibu angkat. Saya meroyan selepas itu. Bayang-bayangnya sentiasa menghantui saya.
“Saya pernah bermimpi dia memandang saya dengan wajah masam. Tetapi bila saya cuba berlari mendapatkannya, dia terus hilang,” kata Maria mengimbas perbuatan lampau menggugurkan kandungan luar nikahnya.
Pertama pada usia 16 tahun dan cubaan menggugurkan kandungan pada kehamilan kali kedua pada usia 20 tahun.
“Nasihat saya kepada ibu bapa, pantaulah kegiatan anak remaja kerana mereka selalu mencuri ruang untuk berseronok. Pada mereka perbuatan mereka semuanya betul dan orang tua hanya mengongkong, tetapi hakikatnya, mengongkong pada masa sama ambil tahu kegiatan anak-anak itulah yang sebaik-baiknya,” katanya yang akan memulakan lembaran hidup baru bersama semangat baru tidak lama lagi.
Sumber
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)