(KISAH BENAR) Ayah Memberi Keizinan Anak Lelaki Membuat Pembedahan Menukar Jantina Di Saat Akhir Hayatnya.


                                                       
                                                                gambar hiasan

(KISAH BENAR) Ayah Memberi Keizinan Anak Lelaki Membuat Pembedahan Menukar Jantina Di Saat Akhir Hayatnya

Setelah di kurniakan dua cahaya mata perempuan, Saerah berdebar menunggu kelahiran anak ketiga. Kini dia terlalu inginkan anak lelaki. Kadangkala dia termimpi-mimpi menimang anak lelaki. Dengan bantuan bidan kampung dia selamat melahirkan Hamid di rumah. Saerah bersyukur Tuhan memakbulkan doanya untuk menimang anak lelaki.

Tingkah laku Hamid seperti kanak-kanak lelaki biasa. Bagaimanapun, ketika berusia dua tahun, Hamid suka melihat kakaknya memakai baju. Dia juga cepat merajuk dan menangis. Hamid juga tidak suka bermain dengan kanak-kanak lelaki. Apabila melihat tingkah laku Hamid yang terus menjadi-jadi, saya bertambah risau. Saya melihat alat kelaminnya hampir setiap hari. Saya mencari ubat kampung. Ada kala saya mengurut kemaluannya atau membungkusnya dengan daun sirih bagi mengelakkan angin dan terkena santau. Namun, Hamid tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh.

Hamid di hantar berkhatan ketika umur 11 tahun. Kami mengharapkan selepas disunat Hamid akan cepat membesar seperti remaja lelaki lain. Malangnya, alat kelaminnya bertambah kecil, lembik dan mengecut. Pada masa sama, dia rajin menolong kerja dapur, membasuh dan mengemas.

Walaupun dipaksa dan dirotan, dia tidak mahu berusaha bergaul dengan remaja lelaki sebayanya. Bagaimanapun, kami tidak lalai dalam mendidik Hamid. Dia dibawa bersembahyang di masjid dan diajar menunaikan tanggungjawabnya sebagai lelaki Islam. Kedua-dua datuknya turut membantu mendidik Hamid. Malah mereka tidak bersetuju Hamid menjalani pembedahan.

                                            
                                                         gambar hiasan

Akhirnya Hamid yang agak cemerlang dalam pelajaran berjaya diterima bekerja di jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Dia dihalau ayahnya apabila dia menyatakan hasrat hendak menjalani pembedahan alat kelamin dan menjadi wanita sejati.

Hati saya sebak. Saya takut Hamid memilih jalan sesat. Ayahnya begitu keras, tidak mahu berlembut. Tanpa pengetahuan ayahnya, dia masih menghubungi saya dan menghantar wang belanja adik-adiknya. Sepanjang enam tahun Hamid meninggalkan rumah, dia tidak pernah pulang.

Kami merinduinya. Apabila dia ada, rumah sentiasa kemas dan cantik. Makan dan manisan sentiasa disediakan. Menerusi suratnya, saya tahu dia selamat di Kuala Lumpur dan saya dimaklumkan dia sudah membeli rumah.

Sebagai ibu, saya mahu menziarahi dan melihat keadaanya. Tetapi saya tidak berdaya kerana ayahnya sudah memberi kata dua. Saya akan diceraikan. Saya terpaksa memilih. Antara anak, keluarga dan talak, ketiga-tiganya sama penting.

Apabila ayahnya sakit tenat dan atas nasihat Hamid, dia dimasukkan ke hospital terkemuka di Kuala Lumpur. Walaupun begitu Hamid tidak dibenarkan melawatnya. Ayahnya masih berkeras dan tidak mahu memaafkannya.

Hamid hanya menangis melihat keadaan ayahnya dari jauh. Lebih empat bulan ayahnya terlantar di hospital. Saya yang menemaninya setiap hari menasihatkan dia supaya memaafkan Hamid. Saya tahu dia masih sayangkan Hamid. Tetapi dia kecewa Hamid tidak seperti lelaki lain.

Keadaan ayahnya semakin membimbangkan. Sehari sebelum dia meninggal, juga bersamaan tarikh lahir Hamid, ayahnya tiba-tiba mahu melihat Hamid. Ayahnya menangis sementara tangan kanannya yang sudah tidak bermaya mendapatkan tangan Hamid. Mereka berdua berpelukan. Suasana haru dan pilu. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat meninggalkan pesanan bertulis dan memberi kebenaran untuk membolehkan Hamid menjalani pembedahan dengan syarat dia tidak menyeleweng daripada akidah Islam.

Selepas mendapat pandangan pakar perubatan Hospital Universiti, Kuala Lumpur dan tokoh agama, Hamid selamat menjalani pembedahan pada 13 November di hospital terkemuka di Bangkok, enam bulan selepasnya ayahnya meninggal dunia. Kini sudah hampir empat tahun Hamid (dikenali sebagai Hamidah) menjalani hidupnya sebagai perempuan. Saya bersyukur imannya teguh dan dia tidak berpeleseran seperti pondan lain.




sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. nonsense... mengubah ciptaan allah adalah kafir

    ReplyDelete
  2. Tapi... buat menukar jantina dah sah sah berdosa kan???

    ReplyDelete
  3. i cannot to comment anythings....biarlaa menjadi urusan dia dgan Allah SWT

    ReplyDelete
  4. Cerita macam ni kena letak hadis al quran kat hujung, macam drama Tanah Kubur. Kalau tak akan mengelirukan. Nanti ada yang berpendapat, kalau dia boleh buat aku pun boleh

    ReplyDelete
  5. Menghalalkan apa yang haram bukan daripada umat Rasulullah dan tidak akan dapat minum di telaga Kausar, apatah lagi nk masuk syurga. wallahualam.

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)