PANAS...STACY DAN AKIM BAKAL BERNIKAH

                                                                     

PANAS...STACY DAN AKIM BAKAL BERNIKAH | KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stacy mengakui dia dan Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim, kini sedang hangat bercinta dan bersedia berkahwin.
Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam berkata, dia juga semakin tertarik mendalami Islam dan mengagumi agama itu.
"Saya percaya jodoh terletak di tangan Tuhan. Saya memang rapat dengan Akim tetapi kalau mahu memeluk agama Islam, biarlah ia datang sendiri dari hati saya dan bukannya kerana dia (Akim) ataupun sebab lain. Selama ini, saya banyak bergaul dengan kawan beragama Islam.
"Tidak dinafikan susah melawan gaya kehidupan orang Islam yang bagus. Apatah lagi, agama Islam dan Kristian mempunyai sedikit persamaan. Contohnya daripada segi nama kalau Kristian panggil nama Abraham dan dalam Islam namanya ialah Ibrahim. Begitu juga dengan perkara lain," katanya dalam sidang akhbar di Mutiara Damansara di sini semalam. 






Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)