LUAHAN HATI GADIS MENJADI MANGSA KERAKUSAN ABANG IPAR SENDIRI

                                                      
                                                      Gambar sekadar hiasan

LUAHAN HATI GADIS MENJADI MANGSA KERAKUSAN ABANG IPAR SENDIRI | Saya berusia pertengahan 20-an dan kini menghadapi masalah diri yang sangat serius. Saya baru mengenali seorang lelaki (D) yang berumur empat tahun lebih muda daripada saya. Kami berkenalan melalui satu laman sosial.
Saya dan dia baru saja putus cinta dan D pernah memberitahu dia mahu memperisterikan saya selepas teman waBaru-baru ini, D meminta saya menceritakan pengalaman bercinta dengan bekas teman lelaki termasuk berterus-terang sama ada pernah terlanjur atau terbabit dengan perkara lain yang kurang elok.
Saya mengatakan tidak pernah melakukan perkara tidak baik tapi hakikatnya saya pernah dirogol abang ipar di tempat praktikal dulu.
Saya tidak pernah bercerita mengenainya tapi D mahu tahu segala kisah silam. Perlukah saya menceritakannya kepada D peristiwa hitam itu?
Saya mahu bersikap jujur tetapi saya takut D tidak boleh menerima kisah silam dan akhirnya meninggalkan saya.
Saya jadi buntu kerana D pernah beritahu dia boleh menerima saya seadanya tapi tidak suka ditipu. Harap Dr dapat memberikan nasihat dan pandangan.
SANGAT BUNTU,
Selangor
Dr memahami masalah yang mengganggu diri adik. Dalam hal ini, adik memerlukan kesabaran dan ketabahan tinggi untuk memastikan ia ditangani dengan baik.
Dr nasihatkan adik sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah. Cinta satu perkara yang sangat memerlukan ketahanan emosi yang tinggi. Ia perlu dilihat dari sudut pandangan yang sangat matang.
Adik perlu memikirkan setiap risiko yang akan ditanggung apabila melalui fasa ini. Sama ada ia baik atau tidak, ia bergantung kepada perjalanan perhubungan adik dengan si dia.
Faktor yang sangat perlu diambil kira apabila berada dalam fasa kehidupan ini ialah kejujuran dan keikhlasan.
Apabila bercakap mengenai faktor ini, adik sewajarnya perlu jelas konsep kejujuran yang Dr maksudkan ini.
Dalam memulakan hubungan membabitkan hati dan perasaan ini, adik perlu tahu kejujuran sangat memainkan peranan penting.
Jika berlaku suatu perkara yang salah seorang pasangan tidak ingini maka akan berlaku perselisihan faham yang bakal meruntuhkan institusi rumah tangga yang dibina.
nitanya berkahwin dengan orang lain. D bekerja tetap dan memiliki kereta dan rumahDalam masalah ini, Dr nasihatkan adik berterus-terang dengan apa yang adik alami. Dr faham mengenai perasaan dan situasi yang adik alami tapi harus ingat jika tidak berterus-terang atau cuba berselindung dengan apa pernah terjadi pada diri adik, ini akan lebih memberi kesan yang lebih besar jika perkahwinan diteruskan.
Pada pandangan Dr lebih baik adik berterus-terang mengenai diri adik kepada si dia supaya tidak menimbulkan isu yang lebih besar apabila berkahwin.
Cari masa yang betul-betul sesuai untuk berdiskusi akan hal ini. Jangan takut kerana jika benar D mencintai dengan ikhlas dan jujur maka dia akan menerima diri adik seadanya.
Pasangan yang bahagia ialah mereka yang boleh menerima diri pasangannya dengan hati yang terbuka. Menghargai kelebihan yang ada pada diri pasangannya dan bersyukur dengan kekurangan diri pasangannya dengan seadanya.
Jika benar dia jodoh yang ditakdirkan untuk adik maka percayalah apa pun yang terjadi dia akan kembali kepada adik.
Tidak perlu merasa takut dan rendah diri dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana ia bukan berpunca daripada diri adik.
Adik hanya mangsa keadaan yang diuji Allah. Usah berasa gundah dengan apa yang terjadi kerana ia adalah ujian untuk melihat tahap keimanan adik.
Jika benar dia jodoh adik maka berdoalah supaya Allah melembutkan hatinya untuk menerima diri adik seadanya.
Adik juga ada mengatakan si dia tidak suka ditipu dan ingin mengetahui sejarah silam kehidupan adik.
Pada pandangan Dr, adik sewajarnya berterus-terang mengenai apa yang sudah berlaku. Ini menunjukkan sifat keikhlasan dan kejujuran adik dalam perhubungan ini.
Sama ada si dia menerima atau tidak, itu terpulang kepadanya dan pada ketika ini adik perlu yakin kepada jodoh yang ditetapkan. Inilah yang Dr maksudkan bahawa adik memerlukan persediaan emosi yang kuat apabila berada dalam perhubungan ini.
Semoga adik memperoleh kekuatan dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi situasi ini. Dr juga doakan semoga adik sentiasa tabah dan sabar dalam setiap kemungkinan yang berlaku dan ingat setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Semoga adik terus dalam rahmat Ilahi dan beroleh kejayaan dalam kehidupan.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. alahai. tak apalah. rahsia ALLAH sangat luas. in sha ALLAH. kun fa ya kun. kalau dah jodoh memang tersurat dekat Luh Mahfuz. in sha ALLAH pasti akan ada jalan penyelesaian :)

    ReplyDelete
  2. Ya betul..kalau dah jodoh..sejauh mana pon tpisah..insyaAllah akan ada jalan jugak..

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)