GEMPAR!!! PENEMUAN MAYAT NGERI SEPASANG KEKASIH DI SEBUAH RUMAH


GEMPAR!!! PENEMUAN MAYAT NGERI SEPASANG KEKASIH DI SEBUAH RUMAHPETALING JAYA – Kematian pasangan kekasih yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tubuh di sebuah apartmen di Damansara Damai pada 18 Disember lalu telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh – bunuh diri.

Pihak polis percaya, lelaki warganegara India, Mohinder Pal, 24, menikam terlebih dahulu kekasihnya, K. Shanmugavalli, 18, sebelum menikam dirinya sendiri.


Ia dipercayai berpunca daripada hubungan cinta yang tidak direstui oleh keluarga gadis itu sekaligus menafikan kemungkinan kematian kedua-duanya bermotifkan cemburu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, tiada tanda pecah masuk atau kehadiran orang ketiga yang dikesan dalam kejadian itu.

Sebilah pisau dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan ditemui di sebelah tubuh Mohinder yang berada dalam keadaan tertiarap di ruang tamu.

Terdapat tujuh kesan tikaman pada bahagian perut lelaki itu, manakala Shanmugavalli yang hanya memakai pakaian dalam ditemui di bilik tidur utama dengan lima kesan tikaman.

Mayat pasangan ini ditemui oleh seorang pengutip hutang yang datang untuk meminta sewa bulanan daripada Mohinder yang menyewa unit apartmen itu sejak dua bulan lalu.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)