Pelik Dan Misteri !! Bayi Kembar Ghaib Dalam Perut !

Pelik Dan Misteri !! Bayi Kembar Ghaib Dalam Perut ! | Menanti saat kelahiran anak yang dikandung merupakan hajat besar terutama bagi si ibu dan bapanya. Namun satu peristiwa pelik telah berlaku terhadap seorang wanita di Pokok Sena, Kedah. Bayi yang dikandung ini didapati telah ghaib selepas bermimpi sesuatu yang aneh. Kes ini sebenarnya pernah berlaku sebelum ini dan ia sering dikaitkan dengan alam ghaib. Persoalannya, bagaimana bayi kembar ini boleh ghaib di dalam perut wanita ini? Pelik bukan?

Sepasang pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati bayi kembar yang di kandung oleh isterinya selama beberapa bulan akhirnya ghaib secara tiba-tiba didalam perutnya. Selama lima tahun menanti, hajat seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Begitulah kejadian yang didakwa telah menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Apa yang lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai ghaib pada malam yang sama.
“Pada malam berkenaan, saya bermimpi lima wanita berjubah mendekati saya sambil membacakan sesuatu sebelum mereka hilang selepas azan Subuh berkumandang.
“Apabila terjaga, saya mendapati perut yang selama ini besar dan berat, tiba-tiba berasa ringan dan kempis.
“Saya mula syak ada benda yang tidak kena berlaku lalu mengejutkan suami saya, Aziz Hussein untuk memberitahu apa yang berlaku.
“Apabila saya pergi ke Klinik Kesihatan Pokok Sena untuk tujuan pemeriksaan pada kira-kira pukul 9 pagi esoknya, bayi dalam kandungan saya disahkan sudah hilang. Saya hanya mampu menangis,” cerita Norliana kepada pemberita semalam.
Norliana dan suaminya tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dijadual bersalin pada 3 November lepas.
Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ibunya sejak sebulan lalu untuk tujuan bersalin.
Tambah Norliana, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawanya membuat ujian pengimbasan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul sebelum ini yang memaklumkan dia mengandung kembar perempuan.
Bagaimanapun dakwa mereka semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul untuk mengesahkan dakwaan beliau itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang.
Selepas kejadian, Norliana telah dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarga dua hari lalu untuk mendapat kepastian mengenai kejadian itu.
Para pengamal perubatan traditional juga turut memaklumkan perkara sama seperti doktor iaitu bayi kembar Norliana didapati ghaib semasa didalam kandungan.
Sumber : Forblogger
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)