Misteri Lukisan Dan Senyuman Monalisa Beratus Tahun !

Misteri Lukisan Dan Senyuman Monalisa Beratus Tahun !


Pelukis : Leonardo da Vinci
Tahun : 1503-1519 (16 tahun baru siap lukis potret nih. paling lama nak lukis bahagian 
                                   mulut/senyuman)
Jenis: Oil on poplar
Size : 77cm X 53cm
Nilai : US768M (RM2.53 billion)

Senyuman agung yang dapat memikat banyak interpretasi, teori, polemik, filem, lagu, puisi dan juga parodi. Sementara si pemberi senyuman itu mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja dan tidak memiliki maksud apapun dari senyumannya itu kerana dia hanya terpaku secara keseorangan sahaja di dinding Museum Louvre, Perancis. Itulah senyum Monalisa, sebuah ekspresi dari lukisan/potret karya agung Leonardo da Vinci.

Lukisan ini sudah berusia lebih dari 500 tahun. Ianya masih lagi dalam keadaan baik. Ia juga pernah dicuri pada 21 August 1911 semasa dipamerkan di Musée du Louvre, Paris.

Lukisan Mona Lisa sehingga sekarang ini dipercayai merupakan karya seni yang paling banyak dilihat di seluruh dunia. Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa potret ini telah disalin serta dicetak sehingga berjuta-juta dan diedarkan di seluruh dunia.Lukisan aslinya itu telah dipamerkan di Muzium Lourve yang mana muzium tersebut dikunjungi oleh beribu-ribu pengunjung yang datang setiap hari.



Sejarah asal usul Monalisa

1. Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang
    bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.

2. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa
    adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

3. Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa
    merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak
    menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

4. Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa
    Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.Teori itu diperoleh apabila
    Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-
    dua wajah itu adalah selari.

Fakta Unik mengenai potret Monalisa

1. Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh
    mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati
    bersalah.

2. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

3. Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai
    filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.

4. Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa,
    judul lain adalah ‘La Gioconda’.

5.Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah
   mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

6. Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat
    dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain
    pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai
    di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

5. Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin
    membimbangkan.

Misteri senyuman Monalisa

1. Identiti Monalisa itu sendiri.

2. Riak wajah Monalisa.

3. Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka
    memerhatikan lukisan itu.

4. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

5. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni
    dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.

6. Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 77cm lebar dan 53cm panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat (kalis peluru) di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Musée du Louvre (muzium), Paris, Perancis semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo da Vinci.Apa yang membingungkan potret yang telah berusia lebih 500 tahun itu mencetuskan misteri sehingga kini.

Sudah tentu tentang identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman menawan.Lukisan berasaskan cat minyak itu mengambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya.Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangan dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus mengerakkan peralatan lukisannya menggunakan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan matanya pada 1503.

Pelukis mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu dengan penuh penekanan dan ketelitian dalam proses menghasilkan potret bergelar 'Monalisa" itu hingga siap 4 tahun kemudian.

Teori Mengenai Monalisa

* Monalisa yang sebenarnya ialah Lisa Gheredini yeng merupakan isteri kepada pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona lisa bermaksud madam Lisa

* Seorang penulis, Serge Barmly pula mengatakan teori model Monalisa adalah ibu kepada Da Vinci yang bernama Caterina

* Terdapat juda pengkaji seni mengatakan wajah Monalisa tidak merujuk kepada mana-mana model tetapi hasil imaginasi Da VInci sendiri yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang

* Teori yang paling mengejutkan dikemukakan oleh Dr. Lilian Schwartz dari Bell labs yang mengatakan wajah Monalisa adalah dari wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan.Teori ini diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Monalisa dengan wajah Leonardo sendiri dan mendapati kedua-dua bentuk wajah itu selari

Fakta Potret Monalisa

* Lukisan itu menjadi popular setelah dicuri dari Muzium Louvre pada 1911.Setelah kecoh kehilangan itu seorang pekerja muzium Vincenzo Peruggia didapati bersalah

* Lukisan itu dijumpa dan dikembalikan ke Muzium Louvre 2 tahun kemudian

* Judul 'Monalisa' diberikan selepas 31 tahun kematian Leonardo.Judul lain bagi potret itu ialah 'La Gioconda'

* Terdapat pertikaian bahawa Monalisa membiarkan rambutnya lepas mengurai ke bahu sebagaimaan terlihat dalam lukisan,tetapi ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu ialah kain pelindung kepada dan hanya beberapa helai rambut kelihatan.Perbuatan membiarkan rambut lepas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)