Zaquan Adha Abd Razak bidas Rita Rudaini Mokhtar!!

Zaquan Adha Abd Razak bidas Rita Rudaini Mokhtar!!


Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan

[SH] MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

"Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

"Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka," kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

"Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. "Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku," tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

"Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

"Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

"Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

"Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?," ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. Segala urusan dan kejadian adalah ketentuan Allah s.w.t....tapi cuba la fikir secara waras...jgn asyik tuding jari menyalahkan org sahaja....

    ReplyDelete
  2. Segala urusan dan kejadian adalah ketentuan Allah s.w.t....tapi cuba la fikir secara waras...jgn asyik tuding jari menyalahkan org sahaja....

    ReplyDelete
  3. bila kahwin x dapat restu keluarga pada mulanya,kebiasaan kesudahannya macam ni la..nauzubillah

    ReplyDelete
  4. I agreed with what she said... if the man is really a person with knowledge in Islam, he will not do what he had done onto her as a wife...In fact he does not deserve to have her as a wife...A man who have knowledge in Islam will not go against the advise/request of his parents on the 1st place of marrying her...

    ReplyDelete
  5. ini semuaa poyoo.. tak leh kate ape dah.

    ReplyDelete
  6. difikir ikut emosi mmg lh kata mereka salah tp cuba fikir2 akhirnya...itu semua ketentuan Allah s.w.t mungkin ada hikmah d sbalik apa yg berlaku...Allahualam...

    ReplyDelete
  7. perkahwinan yg tiada restu mak ayah ..ini la akibatnye ...

    ReplyDelete
  8. perkahwinan yg tiada restu mak ayah ini la akibatnye ...

    ReplyDelete
  9. Apa yang Rita cakapkan itu tak salah . Dea cuma meluahkan apa yg terpendam selama ini. Mungkin dea terlalu beremosi sampai tulis macam tuh.

    Cuma,
    Memang sudah jodoh akak dengan Aidil tak kesampaian. Menyalahkan , takde guna. Redha lah akak. Mohon ketenangan dari Allah. Bila akak buat macam nih , orang jadi annoyed pulak dengan akak .

    ReplyDelete
  10. baik x beri komen sbb bukan kita yg merasa dan bukan kita yg tahu semua cerita..hanya dua suami isteri tu jak..nak backing org pun agak2 lah..

    ReplyDelete
  11. as reminder..do not marry anyone without the blessing of your family if u cannot handle the heat

    ReplyDelete
  12. Rita semasa kawen dgn Aidil pun dia bukan anak dara... apa hak org lain nk campur urusan dia. Hak berkawin dgn sape2 klu dah janda adalah hak rita sendiri... Soal cerai kemudian tu lain citer..

    ReplyDelete
  13. cuba pk lau kter kt tmpat dia....mcmana agaknye ye...kdg2 x dpt restu keluarga pn bahagia..blh tgk statistik kt pejabat agama pasangan yg brkahwin kerana cinta dan restu keluarga yg banyak bercerai..bukan nk kte x dpt restu 2 bagus..tp semua ats niat kter..n qada' n qada allah s.w.t....

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)