Terbaru!!Rakaman Wajah Pembunuh Upahan di CCTV
Wajah Suspek
Setelah dua hari kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, pihak polis telah mengenalpasti identiti Pembunuh Upahan melalui rakaman CCTV berhampiran Lorong Ceylon Kuil Kuan Yin. Lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di sekitar Kuala Lumpur.
Semasa kejadian Najadi sedang berjalan ke kereta bersama dengan isterinya selepas berunding mengenai perjanjian harta tanah di sebuah kuil. Seorang lelaki datang tiba-tiba datang dari belakang dan menembak beliau. Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan. Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah teksi.
Hussain disahkan mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya cedera pergelangan tangan kiri dan paha kanan.
Motif pembunuhan itu adalah dendam dan dipercayai berkaitan dengan pembelian harta tanah, yang dilakukan oleh mangsa.
p/s: tengok muka suspek, macam relax je..tak sangka ada misi besar.
Sumber
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)