Kanak-kanak malang dapat RM30 juta!!

Kanak-kanak malang dapat RM30 juta!!


* My girl: Ryan Jeffers holds up daughter Malyia. The family were awarded $10m in one of the largest medical malpractice payouts ever in California

SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.

“Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal,” dakwa dokumen itu.
Motherly love: Malyia gets something to drink form her mother Leah

Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.

Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.

Berdasarkan dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.

Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.

Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

* Sumber

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Byk mn pun pampasan,kehidupan sudah berubah 100%....
    X berbaloi..tp takdir Tuhan terpaksa terima....sedih.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ...sape ckp x berbaloi ? dgn duit tu family dia blh dptkan rawatan, penjagaan dan pendidikan yg terbaik utk dia...

    ReplyDelete
  3. walau pun kekurangan dari segi fizikal .. insyaAllah dengan bantuan kewangan dia mampu mendapatkan pendidikan yang tinggi dan sekaligus membolehkan dia menjalani kehidupan seperti individu normal .. malahan mungkin lebih baik dari individu normal...

    ReplyDelete
  4. Tentu ramai lelaki kacak sacramento yang sudu kawen dngan dia kelak.. lebih lebih lagi setelah dia sesudah berusia 30 tahun nanti.

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)