21-08-2013 Mangsa Kanak-kanak dari Senjata Kimia Basyar Assad

21-08-2013 Mangsa Kanak-kanak dari Senjata Kimia Basyar Assad

Hari ini, 21-08-2013- Tentera rejim Syria telah sekali lagi melakukan pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata kimia termasuk bom kimia dan toksik yang dipercayai mengandungi gas Sarin di kawasan luar bandar Damsyik. Antara kampung yang terlibat adalah Al-Ghouta (Timur dan Barat) termasuk Ein-Tarma, Zamalka, Seqba, Kafr-Batna, Douma, Hamouriyi, Erbeen dan Al Marj.

Kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Gambar-gambar ini adalah sebahagian daripada ratusan kanak-kanak yang telah mangsa kekejaman Basyar Assad hari ini. Keluarga mereka berusaha menyelamatkan kanak-kanak ini dengan memandikan mereka menggunakan air 7-Up.

Amat mengejutkan (sebenarnya tidak mengejutkan langsung!), kerana ketika ini Pemeriksa Senjata Kimia PBB sedang berada di Damsyik (atas jemputan Basyar) untuk memastikan kebenaran penggunaan senjata kimia oleh rejim Syria.

MARAHLAH! MARAHLAH! MARAHLAH dengan apa yang berlaku di sana sekarang. Marahlah dengan apa yang telah Basyar laknatullah lakukan kepada adik-adik dan anak-anak kita di sana sekarang. Mereka yang dizalimi, dihina dan dibunuh ini adalah cucu-cicit Khalid Al-Walid. Lalu MARAHLAH! sekiranya kita masih punya secebis perasaan simpati.

#SaveSyria #Pray4Syria #SpeakUp4SyrianChildren

















Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. الله الله الله حسبنا الله ونعم الوكيل

    ReplyDelete
  2. Ya Allah selamat kan la mereka di sana.. :(

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)