Gempar!!Bayi 13 Bulan Nyaris Maut Kerana Kuih Raya
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan bayi tersebut
Penangan kuih raya. Kejadian bayi/kanak-kanak cedera terkena mesin, minyak panas dsb, banyak kita dengar menjelang hari raya. Kadang-kadang bila terlalu asyik buat persediaan, ada di antara kita yang mengabaikan aspek keselamatan.
Kejadian yang terbaru melibatkan seorang bayi, Mohd Uqshah Iman Ramli, berusia 13 bulan yang nyaris maut atau kehilangan jari apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengadun kuih di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, Muar. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, beliau dipercayai bermain bersendirian berhampiran mesin pengadun yang dikendalikan oleh ibunya yang berada di atas lantai.
Maznah cuba memujuk anaknya yang menangis kesakitan
Bayi tersebut bernasib baik kerana tindakan pantas seorang pekerja yang segera menutup suis mesin berjaya menyelamatkan beliau dari maut atau kelhilangan jari kiri. Namun, tangan kiri serta mulutnya bengkak serta berdarah kerana semasa kejadian, badan beliau bergerak sama mengikut mesin itu yang sedang berpusing menyebabkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.
Tiga anggota bomba yang datang membantu terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka skru sebelum tangan anak berjaya ditarik keluar.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)