Sekadar Gambar Hiasan
Gorila putih tunggal di dunia mati akibat kanser
SNOWFLAKE atau Copito de Nieve (dalam bahasa Sepanyol), seekor gorila putih (albino) yang satu-satunya dikesan di dunia matu di Zoo Barcelona, Sepanyol akibat kanser kulit.
Gorila jantan ini ditemui di Equatorial Guinea, Afrika Tengah pada tahun 1966 dan di anggarkan berusia 38 ke 40 tahun atau berusia 80an bagi ukuran manusia.
Usia purata gorila di alam bebas ialah 25 tahun.
Di Zoo Barcelona, pada usia 37 tahun,Snowflake telah menjadi bapa kepada 22 anak gorila dan beberapa cucu, hasil perkahwinannya dengan beberapa ekor gorila betina. Namun tidak seekor pun dari anaknya yang menjadi albino.

Snowflake diktahui menderita kanser kulit pada tahun 2001 dan usaha merawatnya giat dijalankan termasuk memberi ubat antibiotik, anti depresi dan menjalani tiga pembedahan.
penyakitnya membuat banyak orang bersimpati kerana gorila ini menjadi kesayangan penduduk Barcelona.
Sebelum kematiannya, Datuk Bandar Barcelona memberi kesempatan pada masyarakat untuk mengucapkan selamat tinggal pada Snowflake.-Aneka Tips
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)