BAHAYA JEREBU-Siptom pada kesihatan manusia,panduan dan langkah mengurangkan kesan jerebu

BAHAYA JEREBU-Siptom pada kesihatan manusia,panduan dan langkah mengurangkan kesan jerebu

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) ialah skala bagi menentukan tahap jerebu.
Kadar penentuan jerebu berdasarkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya (10 Mikron ke bawah) seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogn dioksida dan keadaan zon.
Pengkelasan tahap kualiti udara mengikut IPU seperti berikut:

0 - 50               BAIK                                              HIJAU
51 - 100           SEDERHANA                               BIRU
101- 200          TIDAK SIHAT                             MERAH
201 - 300         SANGAT TIDAK SIHAT           KUNING
301 - 400         BERBAHAYA                              HITAM


401 - 500         SANGAT BERBAHAYA            HITAM
Lebih 501       DARURAT                                    HITAM

Simptom pada kesihatan manusia

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutama kepada:-

  • Kanak-kanak
  • Orang Tua
  • Perokok
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain seperti:
               -Asma
               -Radang paru-paru
               -Alahan
               -Penyakit jantung

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu:-


  • Iritasi (kegatalan) kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung ersumbat
  • Iritasi di mata serta merah-merah
  • Kulit terasa gatal
  • Sakit dada
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Mata terasa pedih dan berair
Panduan

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, ajntung atau paru-paru kronik perlu ke linik atau hospital dengan segera jika keadaan bertambah buruk.

  • Golongan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan
  • Orang ramai dinasihat tinggal di dalam bangunan atau rumah
  • Orang ramai perlu sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (IPU melebihi 100)
  • Minum air yang banyak
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Mereka yang berisiko tingi dinasihatkan engambil cuti di luar kawasan yang berjerebu jika keadaan berterusan pada tahap bahaya
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan semua penunggang motosikal,mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat berhabuk
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dan sanak saudara yang berpenyakit tidak dibenarkan merokok dalam rumah
  • Jika kenderaan berhawa dingin, sentiasa guna dan elakkan membuka cermin kereta

Langkah mengurangkan masalah jerebu

  • Peningkatan kenderaan bermtor di jalan raya. Kenderaan perlu diselenggara dengan baik selain memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya
  • pembukaan tanah secara meluas bukan saja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah
  • Hindari membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan aktiviti ini

Fakta!!

~ 19 September 1997 sarawak isytihar darurat bencana alam pertama kali apabila mencatatkan IPU 625
~1997 Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM34 billion dari sektor pertanian dan pelancongan

Sumber: Metro Ahad
Share on Google Plus

About MK Syahir

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)