Budak 2 tahun ketagih rokok,hisap 40 batang sehari!


Kanak-kanak berumur 2 tahun duduk di atas trak mainannnya sambil menghisap rokok seolah-olah seperti gaya seorang pemandu lori pertengahan umur.Sukar untuk menggambarkan bagaimana Ardi Rizal, seorang kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun sudah ketagih menghisap rokok setiap hari.


Foto di atas menjelaskan betapa Ardi Rizal, 2 tahun, tinggal bersama keluarganya di Musi Banyuasin,  Selatan SumatraIndonesia, menghabiskan 40 batang rokok setiap hari yang boleh menjejaskan kesihatannya dan kini kanak- kanak tersebut menghadapai masalah untuk bergerak dan keadaan kondisinya bertambah teruk.

Menurut ibunya Diana, 26, anaknya benar-benar sudah ketagihan rokok. Jika dilarang menghisap rokok, anaknya akan membuat perangai, marah dan menjerit sambil menghantukkan kepalanya pada dinding. Ardi hanya menghisap satu jenis jenama rokok saja. Bapa kanak- kanak tersebut, Mohammed, 30, bekerja sebagai penjual ikan terpaksa membelanjakan RM24.00 sehari membeli rokok untuk Ardi.

Keluarga kanak- kanak ini  pernah ditawarkan hadiah sebuah kereta baru oleh seorang pegawai kerajaan tempatan jika dia berjaya menghentikan tabiat ketagihan anaknya itu. Namun mereka gagal berbuat demikian kerana anaknya akan membuat perangai yang bukan-bukan jika kehendaknya tidak diturutinya.

Apa yang menyedihkan ialah apabila bapanya menyatakan anaknya kelihatan comel dan dalam keadaan sihat.Amat malang bagi seorang bapa dan ibu jika tidak dapat mendidik, mengawal dan mengatasi masalah perilaku anak seawal dua tahun.Adakah mereka terlalu jahil ilmu atau terlalu memanjakan anak atau terlalu sayang sehingga sanggup membiarkan diri menuruti kehendak anak yang masih belum  berakal / mumayiz. MasyaAllah..Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)